rainbow

Rabu, 15 Januari 2014

Suhu kereta naik....

Baru-baru ni Kancil Hijau aku tetiba jer suhunya naik... Cuak mak.. Nasib baik dah sampai rumah.
Keesokkan harinya tak berani aku nak bwk kancil hijau aku. Takut tiba-tiba' brakedown' kat tengah jalan.. Hai tak taulah macam mana kalau terjadi perkara macam tu.
Bila difikirkan semula.... memang salah aku.. tau nak bawa kereta jer.. penjagaan zero...
Kancil Hijau aku tu sebenarnya kereta untuk mencari rezeki... Jadi kalau kereta tu rosak aku juga yang susah.. walaupun ada kereta kedua... Kancil Hijau tetap menjadi pujaan hati ku... lebih-lebih lagi dikala petrol yang dah naik harga...
Aku pun google lah cara-cara macam mana nak jaga kereta ni terutamanya tentang suhu..


haa... kat link ni kawan-kawan bolehlah baca tip-tip macam mana nak jaga suhu kereta... sangat berguna sekali.. kita ni perempuan perlu juga menambahkan pengetahuan tentang penjagaan kereta ni kan.





Sama-samalah kita jaga kereta kita ya...

Sabtu, 26 Oktober 2013

tanam bunga

baru - baru ni timbul pulak minat nak tanam bunga.... Pernah pegi rumah member punyalah banyak pokok bunga dia.... sejuk mata memandang...

pic by Diari Diela


sponge bob

bila balik kerja aku suka sangat tengok kartun sponge bob kat tv 9.
hilang stress...pic by fan pop

Jumaat, 25 Oktober 2013

my story


Assalamualaikum W.B.T
 Hai semua !


kenapa aku guna nama Kancil Hijau sebagai tajuk blog aku..?
Sebenarnya kancil hijau adalah kereta pertama aku yang aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri..

Aku ni bukanlah dari keluarga yang kaya.. Mak Abah aku peneroka Felda di FELDA Kechau 1, Kuala Lipis, Pahang..
Kalau sekarang mesti orang cakap peneroka hidupnya senang... 

Tapi masa dulu peneroka hidupnya susah...
Ok berbalik pada cerita kereta kancil hijau aku tu...

aku beli pada tahun 2001 Di Temerloh Pahang.
Untuk memilikinya aku terpaksa bekerja bertungkus lumus sing dan malam..
Dulu aku bekerja sebagai operator Kilang Di NEC Semiconduktors Di Telok Panglima Garang..

Kerja shift kau..
Pagi, Petang & malam...
Kadang-kadang 7 - 7... maksudnya masuk pukul 7 pagi balik 7 malam.. atau sebaliknya..
Aku pernah disindir dengan kawan aku sebab asyik kerja aje... mana taknya bila aku habis shift malam dia masuk kerja pagi. Bila dia habis shift balik pukul 3.00 petang tengok tengok jumpa aku lagi.. hehehe..
Sepatutnya aku cuti tapi aku masuk petang ambuik OT... 
Tiap-tiap bulang aku akan simpan 30% dari gaji aku... target aku 2 tahun..
Alhamdulillah bila sampai masanya maka yang dinanti  telah pun terklaksana..
Dengan rasminya pada Mei 2001 aku telah berjaya memiliki kereta aku sendiri pada usia aku pada masa tu 21 tahun... wahhh!!!  bangganya.....

Sebenarnya target aku nak beli motor jer..
Tapi abah nasihatkan aku supaya beli kereta supaya senang nak balik kampung..

Kancil Hijau ku sesengguhnya banyak jasanya...

Aku pernah hantar adik lelaki aku masuk Poly kat kuantan...
Hantar adik perempuan aku kat UTM Sekudai..
Banyak lagilah...
Nak cerita pun panjang sangat..


Untuk pengetahuan semua Kancil Hijau aku tu masih meneruskan khidmatnya dengan aku...
Walau pun aku dah ada kereta kedua Kancil Hijau ku tetap menjadi kesayangan aku..


Di kala orang kecoh kecoh dengan harga minyak naik.. aku rasa beruntung sangat sb aku guna kancil x jimat minyak... 
Sebenarnya ada orang yang nak melamar kancil aku tu ... Tapi sorry ok...

photo by :cars.mitula.my



Haaa.... lebih kuranglah mcm keta aku tu..



Selamt Datang Ke Blog Saya....

Assalamualaikum W.B.T
Selamat sejahtera ,Salam satu Malaysia...



Selamat datang ke blog saya...

 Terima kasih lah kerana sudi melayari blog saya ni. Blos saya ini dihasilkan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman yang telah saya lalui dan juga tauladan yang dapat kita jadikan panduan hidup daripada mereka yang telah berpengalaman daripada saya.
Rajin-rajinlah berkunjung ke blog saya untuk mendapatkan kisah-kisah terbaru. Jika ada sebarang komen atau cadangan bolehlah anda tinggalkan diruang yang teah saya sediakan.
Dari semasa ke semasa saya akan selalu mengemaskini blog saya...
Terima kasih :-)