rainbow

Jumaat, 25 Oktober 2013

my story


Assalamualaikum W.B.T
 Hai semua !


kenapa aku guna nama Kancil Hijau sebagai tajuk blog aku..?
Sebenarnya kancil hijau adalah kereta pertama aku yang aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri..

Aku ni bukanlah dari keluarga yang kaya.. Mak Abah aku peneroka Felda di FELDA Kechau 1, Kuala Lipis, Pahang..
Kalau sekarang mesti orang cakap peneroka hidupnya senang... 

Tapi masa dulu peneroka hidupnya susah...
Ok berbalik pada cerita kereta kancil hijau aku tu...

aku beli pada tahun 2001 Di Temerloh Pahang.
Untuk memilikinya aku terpaksa bekerja bertungkus lumus sing dan malam..
Dulu aku bekerja sebagai operator Kilang Di NEC Semiconduktors Di Telok Panglima Garang..

Kerja shift kau..
Pagi, Petang & malam...
Kadang-kadang 7 - 7... maksudnya masuk pukul 7 pagi balik 7 malam.. atau sebaliknya..
Aku pernah disindir dengan kawan aku sebab asyik kerja aje... mana taknya bila aku habis shift malam dia masuk kerja pagi. Bila dia habis shift balik pukul 3.00 petang tengok tengok jumpa aku lagi.. hehehe..
Sepatutnya aku cuti tapi aku masuk petang ambuik OT... 
Tiap-tiap bulang aku akan simpan 30% dari gaji aku... target aku 2 tahun..
Alhamdulillah bila sampai masanya maka yang dinanti  telah pun terklaksana..
Dengan rasminya pada Mei 2001 aku telah berjaya memiliki kereta aku sendiri pada usia aku pada masa tu 21 tahun... wahhh!!!  bangganya.....

Sebenarnya target aku nak beli motor jer..
Tapi abah nasihatkan aku supaya beli kereta supaya senang nak balik kampung..

Kancil Hijau ku sesengguhnya banyak jasanya...

Aku pernah hantar adik lelaki aku masuk Poly kat kuantan...
Hantar adik perempuan aku kat UTM Sekudai..
Banyak lagilah...
Nak cerita pun panjang sangat..


Untuk pengetahuan semua Kancil Hijau aku tu masih meneruskan khidmatnya dengan aku...
Walau pun aku dah ada kereta kedua Kancil Hijau ku tetap menjadi kesayangan aku..


Di kala orang kecoh kecoh dengan harga minyak naik.. aku rasa beruntung sangat sb aku guna kancil x jimat minyak... 
Sebenarnya ada orang yang nak melamar kancil aku tu ... Tapi sorry ok...

photo by :cars.mitula.my



Haaa.... lebih kuranglah mcm keta aku tu..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan